SEJARAH SEKOLAH:
Sekolah ini mula dibuka pada awal tahun 1950. Pada masa itu ia dikenali sebagai sekolah rakyat. Ia dibina hasil permuafakatan masyarakat setempat, yang diketuai oleh Yang Mulia Tunku Ismail, nenekanda kepada Yang Amat Berhormat Datuk Syed Razak, Menteri Besar kedah pada masa ini.
Guru pertama yang mengajar di
sekolah ini ialah Cikgu Abbas Yaacob yang juga menjadi Guru Besar pada masa itu
dengan bilangan murid seramai 40 orang.
Lima tahun kemudian, bangunan yang
lebih kukuh didirikan di tapak sekolah sekolah yang terletak kira-kira 100 meter
dari tapak asal.
Pada tahun 1987, sekolah ini telah
mendapat bangunan baru, iaitu sebuah bangunan 3 tingkat yang mengandungi 6bilik
darjah , sebuah bilik guru dan sebuah perpustakaan. Sebuah
bilik Guru Besar dan pejabat diletakan di aras satu.
Pada tahun 1996, 3 bilik Guru Tugas
Tambahan (GTT) telah dibuat bersebelahan bilik guru. Begitu juga blik mesyuarat khas telah dibuat
bersebelahan dengan kantin sekolah.
Pada Jun 2001 pagar sekolah, kantin
dan tandas telah dinaik taraf dan ruang yang dahulunya bilik mesyuarat khas
telah diubahsuai menjdai pejabat dan bilik Guru Besar.. Pada 1 Februari 2002 pejabat dan bilik Guru
Besar dipindahkan ke bawah bersebelahan dengan kantin.
Sekarang Sekolah Kebangsaan
Permatang Gunong mempunyai sebuah makmal komputer dan telah diserahkan kunci
pada 2004. Manakala bangunan PRA Sekolah telah dibina pada tahun 2006 untuk
menitik beratkan pembelajaran kanak-kanak awal persekolahan.
Kini sekolah mempunyai 213 orang
murid dengan 17 orang guru dan 6 orang anggota kakitangan sokongan yang terdiri
daripada seorang Ketua Pembantu Tadbir (memangku) N22, seorang Pembantu Tadbir
(N17), seorang Pembantu Pengurusan Murid (N17), seorang Pembantu Am Pejabat
(N4), 2 orang Pekerja Awam (R4).
VISI SEKOLAH:
Sekolah Kebangsaan Permatang Gunong akan menjadi antara sekolah yang cemerlang dalam daerah Kota Setar menjelang tahun 2015.
LENCANA SEKOLAH:
Sekolah Kebangsaan Permatang Gunong akan menjadi antara sekolah yang cemerlang dalam daerah Kota Setar menjelang tahun 2015.
LENCANA SEKOLAH:
OBOR : Lambang tekad dan azam yang akan menerangi
hidup setiap insan
BUKU : Melambangkan ilmu pengetahuan
KUNING : Sabar menuntut ilmu
dan amal dengan yakin
HIJAU : Keluhuran dan
kerjasama di kalangan warga sekolah.
MERAH : Semangat berani
kerana benar.
COGAN KATA SEKOLAH:
TEKUN SAMPAI JAYA
Tidak ada kejayaan tanpa ketekunan atau
kesungguhan
BENDERA SEKOLAH:
|
1.
Saiz sebenar bendera 1.7 meter x 0.9 meter
2.
Penerangan mengenai lambang dan warna-warna bendera.
a) Obor di atas
akronim sekolah:
i. Seluruh warga
sekolah ini menjunjung tekad dan azam
untuk sama-sama bertekun menghadapi dunia pendidikan yang lebih gemilang.
b) Buku yang
terbuka:
i.
Ilmu yang terbentang luas untuk dipelajari, dimiliki
dan diamalkan.
c) TEKUN SAMPAI
JAYA
i.
Tanpa ketekunan ,tidak akan ada kejayaan.
d) Biru:
i.
Kami warga berketerampilan, tabah menghadapi apa
saja.
e) Hijau:
i.
Bersatu mendukung cita-cita mengharumkan nama
sekolah.
f) Kuning:
i.
Sabar menuntut ilmu, amal dengan yakin.
g) Merah:
i.
Semangat jitu seluruh warga pendidikan dan pelajar
No comments:
Post a Comment